Di anjung tamu...

Tuesday, March 9, 2010

Buku-buku pilihan

Ulasan di ruangan buku pilihan ini ialah berdasarkan pengalaman saya sendiri membaca buku-buku tersebut... kalo nak dapatkan di internet boleh order online sahaja... www.stormreaders.net/StormreadersNet


Soal Jawab tentang SEKS

Buku ni boleh dijadikan sumber rujukan untuk yang bakal melangkah ke alam rumahtangga. Sebelum kahwin mesti tambahkan ilmu rumahtangga dulu, bila dah kawin mesti lebih banyak lagi timba ilmu, bukan berenti separuh jalan je.. InsyaAllah, anda akan dapati buku ni menjawab persoalan yang kita sentiasa nak tahu tapi tak sampai hati nk bertanya kerana MALU....


Kaedah Al-Matien

Sesuai sangat2 pada insan2 yang nk belajar lebih tentang tajwid dan cara bacaan yang betul dalam Al-Quran... buku ni bukan saja sesuai untuk kanak-kanak, malah orang dewasa pun kalo nk buat rujukan elok sangat... mudah difahami kerana disertakan contoh2 ayat dalam Al-Quran...
Hadiah buat Muslimah

Merupakan sebuah buku yang boleh dikatakan sepatutnya 'setiap wanita satu naskah'... tambah lah ilmu setiap malam dengan membaca sehelai muka....dan ketahui banyaaaakk lagi ilmu fiqah yg belum kita tahu sebenarnya....atau mungkin terlupa sejenak....

Majalah SOLUSI

Kepada yang ingin mendapatkan ilmu yang lengkap dan padat bolehlah dapatkan majalah SOLUSI ini...lain dari yang lain. Setiap tajuk yang dikupas bertepatan dengan selera masyarakat hari ini...serta isinya amat lengkap berbanding majalah2 yg sedia ada di pasaran... sungguh berbeza!!!

Indahnya Hidup Bersyariat

Alhamdulillah, buku yang sangat bagus untuk bacaan sedari kecil hingga dewasa... lengkap dengan sekuens (sequence) hidup sejak bayi hingga liang lahad... isi kandungan berwarna warni dan lengkap dgn grafik pasti memudahkan ingatan kita tentang sesuatu subjek yang dibincangkan... jadi sapa2 yang sdg mencari buku tentang rukun hidup, inilah bukunya!




No comments:

Post a Comment